Sabtu, Oktober 22, 2011

They won't.





source




Don't take someone for granted
 just because you know every time you push them away,
 they'd always come running back.
 Cause one day, 
they won’t.










Ahad, Ogos 14, 2011

Ramadhan : Enjoy meat?


assalamualaikum and good morning =)


speak good or keep silent. source

"O you who believe! Avoid much suspicion; indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentance, Most Merciful."             Al-Hujurat : verse 12


Enjoy meat? Gumiho shi sure does =)
But not our friends' flesh, right?


Jumaat, Ogos 12, 2011

Ramadhan : How about a date?

assalamualaikum semua ^^,

sihat? sudah ber'date'?


ambik sini

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.

(HR: al-Bukhari)

 Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


   Antara kelebihan kurma :
  • memberi extra tenaga, tak payah minum tongkat ali pun tak pe :)
  • minda lagi cerdas
  • cegah penyakit
  • senang ke toilet dan di toilet, ada beza ye..
  • dan banyak lagi yang korang boleh cari :D




Sahur + berbuka dengan KURMA = SIHAT + KURUS

Sahur + berbuka dengan KURMA + HERBALIFE = SIHAT + CEPAT KURUS :)

nak sihat nak sihat dan kurus! 
doakan ea.. mekacih :D





nak tahu lagi banyak kelebihan makan kurma boleh baca sini, sini dan sini.

Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan datang lagi!

assalamualaikum.

:) alhamdulillah, esok dah mula puasa. Yeayy!! *letup-letup bunga api*

Moga-moga Allah beri kesempatan sampai ke hari akhir Ramadhan nanti. Siang tadi asyik menelan durian sampaikan nak pergi masjid pun rasa macam nak demam :D

Nak story kejap :

Sesampainya di masjid..
Mak suka masuk ikut pintu yang paling dekat dengan pagar, pintu yang mostly jemaah lelaki guna. Wah! Memang nak tutup muka! Tapi perasan je lebih, semua orang dah mula solat terawih masuk rakaat kedua. Tade orang nak pandang pun XD Err, no point cerita kat sini.. Proceed..

Berjalan bak wanita perempuan melayu terakhir, kami pun masuklah dalam kawasan solat jemaah wanita. Wah sekali lagi! Besarnya area die (kawasan panjang sangat dan nampak macam "wa abang kawasan ni, kalu belani.. lu masok ar") Nampak sangat dah lama tak pergi masjid ni -_-''

Memang ramai la orang tadi. Area besar tu pun macam tak muat. Budak kecik-comel-cinonet pun ramai.
Sememangnya ujian buat para ibu yang anaknya tidak dikategorikan dalam "duduk-senyap-senyap-sebelah-mama-sambil-minum-susu-dan-baca-buku-fairy-tales".. Fuhh.. And yes, I'm not ready to be a mama.

Nak jadi anak yang suka rebel dan buat mak membebel je sekarang ^^

lebih kurang macam ni la berusaha untuk khusyuk :B
amik sini

Itu sahaja observation dari anak yang suka rebel pada malam ini :)

SALAM RAMADHAN SEMUA! SELAMAT BERPESTA IBADAH!
moga ibadah kita berbuah taqwa :)


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]


^^, ada yang berkenan dengan selipar mak kat masjid tadi. Balik chicken's feet.
( baca:kaki ayam ) hihihihi

:D special thanks to Cik Rashidah. Mekacih!! *sambil flying kiss*

Isnin, Julai 18, 2011

Bila makan tak selera, tidur tak lena...

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ,


tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. 

Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan 

ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."




******************************************************


Baru je lepas baca satu artikel dari saifulislam.com. Memang kene pada batang hidung sendiri. 
Tentang mendengar. Allah SWT kurniakan kita dua telinga dan satu mulut. Jadi, kurangkan bercakap, lebihkan mendengar. Bacalah sendiri. Memang terbaik! Daebak!


Seek first to understand, then to be understood.


Dengar dahulu, baru menghukum. Dengar dahulu, baru memberi komen. 
LISTEN or HEAR?
you choose..


Semoga sikap diri sendiri ni yang cepat melatah, suka menghukum, cepat mencelah, suka berdebat dan membangkang ni cepat luntur. T__T


Dan Allah SWT adalah sebaik-baik pendengar.

Ahad, Julai 10, 2011

Typical me :(

Bila banyak sangat ubah waktu ngantuk, memang akan ada masalah yang
timbul dan tak tahu macam mana nak betulkan balik
=.='


Bila cuti sudah bermula

Assalamualaikum dan selamat malam ^^,

Memang hangat malam ni, berita penuh dengan perkembangan BERSIH 2.0. Atau mungkin sememangnya besok nak hujan. Ke kipas rumah ni dah kene bersihkan? Dalam rumah ni tak boleh cakap banyak pasal BERSIH. Sebab mak macam sokong kerajaan. Diri sendiri pulak macam sokong pembangkang tak sokong mana-mana. :)

Cuti dah mula. Macam-macam nak buat. Tapi selalunya sekejap je semangatnya. Seorang diri di rumah melunturkan semangat bekerja. At last, what i did was slept all day long.

Jadi sebelum luntur, kita senaraikan apa yang nak buat:
  • Kemas rumah.. Kene anggap macam ada orang nak datang *wink2*.. haha kalau tak kemas ala kadar je..
  • Belajar sikit subjek sem depan, harapnya keputusan nanti tidaklah seteruk sem yang lepas ni T_T
  • Belajar guna Adobe.. hoyeahh!! 
  • Belajar main keyboard. Buku beli mahal-mahal tapi buat hiasan je huh
  • Belajar masak dan makan sampai chubby sihat! Nak pujuk mak beli tempat bakar..
  • Buat craft. Kalau boleh nak buat beg dan anything yang boleh pakai pastu jalan depan relatives and friends dengan muka angkuh wahahaha 
  • Habiskan buku-buku yang dari dulu beli tapi letak tepi :B


Lupa, nak habiskan dulu drama korea yang ada dalam hardisk :)




serious Min Ho




tiba-tiba Lee Min Ho nampak kacak dalam cerita ni ish ish
 



Banyak lagi sebenarnya. Nanti la tambah..
Dah 2 hari kat rumah. Since Astro rosak dan mak tak langgan lagi dah dan TV hanya ada siaran TV1 dan TV2, mak pasang radio KLASIK.FM 24 jam. Hanya tutup apabila masuk waktu tidur dan hujan kilat sahaja. Naik kereta pun kalau boleh klasik, nasib baik ada kuasa veto atas alasan kukuh "dalam rumah pun dengar radio sama". 2 bulan kat rumah mesti boleh hafal la lagu-lagunya :P





eh dia tengok kita..
eh dia jeling mata..
aduh mak senyum lagi..
amboi nona manis sekali..
lalalala~

sekarang mak dah masuk tidur tapi radio masih berbunyi
*lagu Negaraku tengah berkumandang*

Selasa, Mei 24, 2011

Kamsahamnida!!

Assalamualaikum and a very-very good morning.

Weee~ nak senyum je bila tengok blog dah tukar kulit. Thank you so much to kak Shida Jelita dan Ezzaty Gorjes kerana membantu membaikpulih blog yang terbiar ini. Jeongmal kamsahamnida!! Kalau minta khidmat pakar tolong cantikkan blog, haish.. Alamatnya tak makan benda lain la, herbalife je setiap masa. Sebab herbalife mak yang bayar. :P Nanti kita belanja ea. Diulang disini nanti. haha

Dalam masa 3 minggu ni, kami akan bermati-matian menyiapkan robot untuk Robocon 2011. Tak tahu dah nak cakap apa. Sempat ke nak siapkan robot yang boleh bergerak dengan jayanya dan mampu nak siapkan tugas dia, tanpa pernah kami belajar basic engineering dan programming?

Teringat kata seorang ni, ye, ilmu perlu didatangi bukan mendatangi. Fuhh, memang berat nak belajar dan terus apply pada robot dalam masa yang singkat ni. Tapi, ilmu itu milik Allah. Dia akan beri pada siapapun, jika hambaNya minta.

Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu yang luas.
Kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam dalam ilmuMu ya Tuhan.
Bantulah kami yang lemah ini Tuhan.
Permudahkanlah segala urusan kami.
Permudahkanlah.
Permudahkanlah..

Doakan kami ye. Harapnya dapat buat yang terbaik. At least tak memalukan universiti huhuhu
macihh :)

p/s: orang lain dah study pasal robocon sampai nak muntah-muntah. Aku bila lagi?

Rabu, April 20, 2011

untuk kamu yang saya sayang ~

ya, untuk kamu, kamu dan kamu..
membayangkan kamu, kamu dan kamu waktu tulis ni.
harapnya kamu, kamu dan kamu tahu ini untuk kamu, kamu dan kamu.. banyaknye "kamu" =P

i'm no good with words, walaupun banyak cakap.
i'm no good in showing affection, walaupun banyak aksi.
banyak hurting, rather than pleasing.
banyak lagi yang tak terluah, tapi takut menambah sakit.

gembira kalau tengok kalian gembira (sebab tu guna kamu, kamu dan kamu tu, kalian macam... lain lol)
sakit kalau tengok kalian sakit
but most of the time, i'm the one yang sakitkan hati korang huuu~

kalau nak mengadu, telinga saya untuk kamu
kalau nak nangis, bahu saya untuk kamu
kalau nak bangun, tangan saya untuk kamu (hatta naik lif pun hehe)
kalau nak usha, mata saya untuk kamu.. err??
kalau nak gemok, lemak saya untuk kamu.. =) nak main lemak pun boleh! haha apekah?

jalani hidup seadanya, jangan terlalu gembira, jangan terlalu kecewa..
sedih ya, putus asa jangan.
university of life..
this is where Allah uji dengan kesenangan and musibah, so in the future kita graduate dengan first class degree.. =)

...
banyak buat salah kat orang..
maaf korang, maaf yang amat..
i've been a problem to you guys..
i'm improving myself..
am not perfect..
do help me..
do support me..
tell me what to do..
tell me what i shouldn't..
i need you guys, who else..
take my hand, walk with me..
don't leave me behind.. gajima.. jugule??

sedang mencuba untuk lebih mendengar, daripada berkata-kata
dua telinga dan satu mulut..kerana itu Allah cipta sedemikian

allahua'lam

Sabtu, April 16, 2011

Entry buat si cantik manis gojes intan payung =)

assalamualaikum..

first of all, nak gelak dulu
hahahahahhahaha (sambil tutup mulut ye)
istighfar syah istighfar.. patut baca basmalah dulu huhuh

oke dah lama nak post pasal ni, tapi kononnya, konon ye.. nak buat blog baru dulu.


Sorry sebab
-selalu sakitkan hati
-selalu buat tade mood
-selalu buat nangis
-selalu paksa makan makanan kite
-selalu tak tutop lampu bilik waktu nak tido
-ajak borak time lecture
-selalu buat tunggu lama
-tunjuk teladan tak elok and ajar ajaran sesat.. jangan ikot!!
-selalu tanya soklan tak appropriate, inappropriate time plak tuh
-selalu buzy body
-selalu cakap tak jelas
-selalu tacing2.. huuu~
-selalu bebel
-if i'm no fun to be with
-tak belikan danish roll hari tu
-terlupa bawak calculator time exam
-selalu cakap sory hee~



Thanks a lot
-jadi kawan kite though banyak sangat kurangnya
-terus jadi kawan kite sampai sekarang
-tegur kite bila buat silap
-selalu buat kite hepi
-reminds me of pendirian diri
-teman gi tandas, gi pkp, gi canselori, gi giant, gi smile, gi blok A =P
-coz tak cerita aib kite kat orang, thanks a lot.. =)
-faham kite bile kite marah and sedih
-for being there when i need you
-ajar kite math
-sebab bersabar ngan kerenah kite
-belanja makan, belikan subang.. banyak lagi la
-sebab pinjamkan duit bila kering..
-support kite tuk kuruskan badan
-teman gi jogging
-ajar kite cara turun tangga katil hehe
-for having faith in me (grammar salah betulkan.. hee~) and i do believe in you,sis.
-selalu pinjamkan telinga
-marah time kite tertinggal calculator.. hehe tapi buat lagi
-naikkan semangat kite tuk keep on berblogging
-bawak dendeng-tersedap-kegemaran-kami balik nilam ngan kk..
-ajar kite banyak bende bout photo editing
-jagakan tempat duduk dalam bas, hehe tak expert lagi nak selit-selit ni
-peluk kite selalu, t da habis study mesti rindu giler nak nangis plak T.T
-thanks for everything, banyak sangat dah tak terkata..


you have been so nice to me during this almost-1-year of our friendship. There is not a thing I can do to make it up to you.

Hanya doa je.

May you, Nur Ezzaty Muhammad Harith Fadzillah, Allah bless with a happy, blessful and meaningful life forever and hereafter. With His guidance, through sorrow and pain He leads you along this right path. Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga Allah beri petunjuk mana satu yang terbaik tuk zaty hehe. Jangan lupa baby kembar tuk ktorang aunty-aunty comel ni.. Saranghae..




HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
belated actually
terlalu belated.. :D



p/s:nak upload lagu besday Go Hye Mi tapi tak leh :(

Sabtu, Mac 19, 2011

eh kau ni apehal ha?

Ye, macam tu la kata hati ini bila blog semacam ada hal. Dari hari tu dah nak update, banyak dah nak citer. Siap ada karangan lagi dalam mind. Eceh, padahal dulu keputusan BM karangan pun teruk :P Tapi sebab tak boleh nak tukar wallpaper blog (ye ke, ke... background?), rasa nak menaip pun semakin hambar. Ibarat eskrem mekdi choco top yang cair di tengah panas terik..
Tapi teruskan jugak, mudah-mudahan lepas ni berlaku magis boleh tukar warna dinding belakang ni.

Tak de benda pun nak tulis sekarang ni. Tipu la. Tadi cakap ada karangan siap. Okey, ada sebenarnya. Mood yang tiada. Sekarang ni minggu sibuk. Janji yang terpatri dengan mak untuk pulang ke rumah dan menemani dirinya ke rumah kenduri sepupu terpaksa dibatalkan. Mak, maafkan anakmu.

Memang banyak, serius! Sampai tak cukup tanah! Lab report, test-test yang mendatang plus baju banyak tak lipat dan mengambil ruang tempat tidur dan laluan pejalan kaki dalam bilik. Hehehe

Sibuk tapi boleh pulak update blog.

Okey, saya tau anda bermonolog dalaman seperti itu.
Jangan hiraukan orang malas + tiada mood sentiasa ni. Teruskan dengan kerja-kerja menggoreng dendeng di dapur anda itu.

Zaty, nak dendeng!! Muffin + cakes too <3

Cukuplah, nak pergi tambah perasaan ni. Jangan tensen-tensen dan teruskan bekerja :D
Senyum lebar-lebar selalu.. heee~


Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada sahabat baginda Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu 'anhu : "Jangan sekali-kali engkau meremehkan perkara kebaikan walaupun hanya berwajah manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu. "
(Hadith riwayat Muslim)


Saya ada gula extra sepeket kalau nak (^^)V
Salam'alaik..


Isnin, Januari 24, 2011

ramai dah tidur, tapi saya belum -_-

Salam'alaikum..
How's your day today?
Jam di lappy da pukul 2.11 pagi
dan masih ada lagi 28 minit sebelum dia tidur
mengatasi tuannya.
Sebabkan mata belum mahu tutup,
maka marilah kita...


NYANYI!!! :)


lagu terpilih malam ni adalah... jeng jeng jeng


Qathrunnada - Cinta Agung



apa lagi,jom layan.. hehe

Aaa... aaa... aaa.. aaa..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruh-MU

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

selalu di fikiran, tapi terkadang jua
tersemat dalam hati..
selalu mencari bahagia di tempat lain.
jarang sekali memohon perlindungannya
terlalu yakin diri agaknya
lupa
lupa yang dia Tuan segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

sentiasa makan sentiasa aman
sentiasa sihat
masih bisa melihat
masih bisa berjalan
masih bisa bernafas
masih menuturkan syahadah
terlalu banyak ni'mat
sampai tak cukup la kira guna 10 jari darab infinity orang
tapi lupa juga kalimah syukur itu
lupa Dia yang beri
kerna pada zahir datangnya dari tangan sesama makhluk


Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

hati sedih
bila senyuman tak berbalas
bila pemberian kita tak ada "thanks!"
bila mereka2 tak faham isi hati kita
bila jalan sendiri tak berteman

and even bila teman yang kita rasa rapat,
lebih akrab dengan sahabat yang lain.. (jeles ar ni kirenye)
huhu

sememangya diri dah lupa
"Dia yang patut aku tunggu"
"Dia kan sentiasa ada, tak tido macam aku"
"Always there 4 me"
"Kalau jaga hubungan dengan Allah,
mesti Allah jaga hubungan aku dengan orang lain. Mesti punye ar"
lupa lagi
asyik lupe je

ya, manusia itu sifatnya pelupa.
jadi perlu sentiasa diingatkan dan bermuhasabah
Ampuni Aku Ya Allah

kita akhiri lagu dengan huruf vokal a.. =)

Aaa... aaa... aaa... aaa..


habis sudah lagu..
jadi
mari tidur..
Ya Allah, dengan namaMu aku hidup dan aku mati.
-_-

Sabtu, Januari 08, 2011

Tak ade apa

Assalamualaikum =)

Bukan nak sambung cerita.
Tapi tengok orang lain update, tetibe rasa nak menaip jugak.
Oke, itu sahaja (~_~)



p/s: nanti ea sambung citer ^^,