Ahad, Julai 10, 2011

Bila cuti sudah bermula

Assalamualaikum dan selamat malam ^^,

Memang hangat malam ni, berita penuh dengan perkembangan BERSIH 2.0. Atau mungkin sememangnya besok nak hujan. Ke kipas rumah ni dah kene bersihkan? Dalam rumah ni tak boleh cakap banyak pasal BERSIH. Sebab mak macam sokong kerajaan. Diri sendiri pulak macam sokong pembangkang tak sokong mana-mana. :)

Cuti dah mula. Macam-macam nak buat. Tapi selalunya sekejap je semangatnya. Seorang diri di rumah melunturkan semangat bekerja. At last, what i did was slept all day long.

Jadi sebelum luntur, kita senaraikan apa yang nak buat:
  • Kemas rumah.. Kene anggap macam ada orang nak datang *wink2*.. haha kalau tak kemas ala kadar je..
  • Belajar sikit subjek sem depan, harapnya keputusan nanti tidaklah seteruk sem yang lepas ni T_T
  • Belajar guna Adobe.. hoyeahh!! 
  • Belajar main keyboard. Buku beli mahal-mahal tapi buat hiasan je huh
  • Belajar masak dan makan sampai chubby sihat! Nak pujuk mak beli tempat bakar..
  • Buat craft. Kalau boleh nak buat beg dan anything yang boleh pakai pastu jalan depan relatives and friends dengan muka angkuh wahahaha 
  • Habiskan buku-buku yang dari dulu beli tapi letak tepi :B


Lupa, nak habiskan dulu drama korea yang ada dalam hardisk :)




serious Min Ho




tiba-tiba Lee Min Ho nampak kacak dalam cerita ni ish ish
 



Banyak lagi sebenarnya. Nanti la tambah..
Dah 2 hari kat rumah. Since Astro rosak dan mak tak langgan lagi dah dan TV hanya ada siaran TV1 dan TV2, mak pasang radio KLASIK.FM 24 jam. Hanya tutup apabila masuk waktu tidur dan hujan kilat sahaja. Naik kereta pun kalau boleh klasik, nasib baik ada kuasa veto atas alasan kukuh "dalam rumah pun dengar radio sama". 2 bulan kat rumah mesti boleh hafal la lagu-lagunya :P





eh dia tengok kita..
eh dia jeling mata..
aduh mak senyum lagi..
amboi nona manis sekali..
lalalala~

sekarang mak dah masuk tidur tapi radio masih berbunyi
*lagu Negaraku tengah berkumandang*

3 ulasan:

xxxxh berkata...

lee min ho = sape????

heee..nampak sangat..haha :P

habibwafiy berkata...

choi min ho tetap dihati <3
haha

SiTi RasHidAh berkata...

nsem kn dye dlm cter personal taste..
ahahaa..good luck 4 your kerja2 mse cuti.. :P