Selasa, Disember 29, 2009

jauh berjalan,banyak kesakitan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi petang,kami ada sedikit masa senggang. Lab kimia tak ada,so aku pn ikut menyibuk Aisyah Madini ngan Fiza gi Low Yat.. Sekali ngan Jehan..

Dari KL Sentral ke Monorel,kami jalan kaki . Tengah jalan-jalan tu,lebih kurang tiga orang yang bagi aku masih punya kudrat duduk bersila sambil menadah bekas;meminta belas ihsan orang yang lalu-lalang. Ada seorang ibu ini duduk smbil memangku anaknya yang masih bayi manakala anak yang lbih tua duduk di sebelahnya.

Bagi aku,ini bukan tempat mereka. Sepatutnya ibu ini sedang bekerja,anaknya pula dihantar ke pusat penjagaan. Sebab bagi aku ibu ini masih mampu,masih kuat.. Alangkah baiknya kalau ada yang menawarkan pekerjaan rather than bagi dia wang;yang pasti akan habis pada hari itu juga jika digunakan..

On the other side,inilah dia peluang yang Allah nak bagi untuk mereka yang lebih upaya untuk bersihkan jiwa,bersihkan harta. Cari sebanyak mana redha Allah selagi mampu.

Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik dari tangan yang dibawah (penerima). Bukan bermaksud orang yang menerima itu hina,cuma bagi mereka yang berada di posisi memberi lebih banyak nilai (+) berbanding yang menerima. Dengan kata lain,siapa yang memberi akan dimuliakan Allah dan juga manusia. Boleh je si miskin memberi kepada si kaya,beri makanan contohnya (majlis2 knduri)... tak semestinya kaya sahaja memberi,miskin sahaja menerima.

Dan jangan pulak kata mereka yang menerima itu hina atau tak mulia. Mereka cuma mendapat nilai yang lebih kurang dari pemberi. Jangan kita guna alasan ni untuk memukul, mengherdik dan mghina mereka yang menerima..

:)
Sambung balik cerita..
Panjang lagi nih..
hihi

Actually,ni first time aku smpi Low Yat.. Kalau nak gelak silakan, tp tulah,duduk kat Selangor pn xpenah smpi.. =p
Rasa takut semacam,tp lg prefer rasa takut dari lgsung takde rasa tu. Sekurang-kurangnya aku tak berani nak buat perkara yang tak berapa nak elok..
Dah abis jalan cuci mata,tgok kawan beli barang,kami terus ke Times Square.

Dah penat sebenarnya. 2 jam kat Low Yat je,itupun hny melihat keindahan harga2 barang kat situ. Belinya idak..

Tapi memang tak kusangka, terserempak dengan Kak Asma'.
Kak Asma' Abd Rahman,kakak liqo' aku yang pegi ke New Zealand untuk smbung study kat sane..
Kak Asma' kakak liqo' untuk liqo' first aku waktu jadi naqibah (xlayaklangsung..) kat Sambest dulu..
Memang xpercaya. Seingat aku dia kat luar negara,so sape plak yang depan mata nih..
Nasib baik Kak Asma' ingat aku,klu x.. Malu je dok tenung orang dengan pandangan puak Hyuuga.. Dia sekarang tengah cuti sebulan..

Dalam pukul 5 kami balik. Penat dah bertambah2.. Tambahan kepada penat 2 jam duduk buat programming dalam makmal comp. Semangat nak tengok katil yang membuatkn aku terus tabah bergerak balik. Keep on movin'.. Keep climbin'..
hhuhuu

Alhamdulillah,aku da recharge balik power yang hilang,cuma sekarang ni masih sakit belakang. Maybe sebab duduk lame sangat or tidur tak betul..
K,selamat tidur..
terima kasih baca post yang merepek banyk nih..
=D

Salam'alaikum.. :)

Ahad, Disember 27, 2009

baGus!!!

Assalamualaikum..

..Tahniah buat adik2 yang berjaya.. Yang kurg berjaya,xpe.. truskan usaha.. Masa anda masih pnjg,msih banyak yang perlu ditempuh.. Sama la macam saya.. Setiap apa yang berlaku, baik buruk adalah yang terbaik y Allah dah tetapkan untuk kita.. Cari, ketahui dimana kelemahan diri dan cuba perbaiki..

Agar hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.. Agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi.. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.

Cakap pasal sekolah,xtgmbar betapa rinduny kat sekolah.. Suasana y terjaga, kawan y sekepala. Bukan x ada di kolej,ada.. Cuma berbeza..

Kolej lebih bebas,x salah kalau saya kata TERLEBIH bebas..
Dah masuk kolej ni. rasa diri macam dah dewasa.. (baru 1* tahun.. hihih)
Baru???

Bila dah tiada baru rasa kehilangannya..
Itulah,dulu time sekolah sampai bulan 8 tepon mak nak mintak tukar sek.. sambil nangis2.. (gimik.. utk lebih myakinkan)..
It's a new world 4 me, x pernah duk asrama... (am not manje,k)..

tp skrg rindu sgale-galenya bout school.. bout asrama..
stay up malam2 teman adik dorm bace buku (sendiri x bace),
berlari bkejaran ngan tikus dlm dorm,
menjerit dlm tandas lepas dpt cuti sekolah y pnjg,
n ..
paling x boleh lupa,
menangis kat koridor sek. waktu prep malam..

kalau rasa mcm pernah nmpk insiden tu, rasanya salah orang kot..
sbb dah dipastikan malam tu xde org y nampak.. Hanya Allah dan bbrpa org tertntu je y tau..

Tp, on top of all dis..
I'm so grateful 4 what eva that had happened to me.
These made me ME!
Alhamdulillah~

p/s:rindu nk pegi prep malam.. ^^,

Khamis, Disember 03, 2009

cerita terkumpul~

Assalamualaikum...

emm,byk nak cerite nih.. kita mulakan dgan..
Bismillahirrahmanirrahim..



Qurban di kampung.. tiga hari (bukan 10 hari cam kawan2 kat Mesir ye)di kampung telah mbuatkan aku mengorbankan kesemua helaian tutorial... yang sepatutnya da bole siap kat kolej pun..
hehe pemalas...
pertama kali dalam hidupku,bru ku tahu rupenya aku ada kerabat yang berada di Banjarmasin..
kat mane tu??
ha,bukak la peta dunia..
dari atok hingga ke cucu, smuanya bersemangat nak kumpul balik sedara mara yang masih ada..
jejak kasih.. sayu..

demi merapatkan hubungan silaturrahim sesama kerabat, berangkatlah kami ke Kulai(lalu dpan simpang rumah Mawi..).. mulanya ke kenduri kawin cucu tok ngah (keluarga Nash), kemudian ke rumah sepupu mak yang xpernah kami anak2 jumpa...
pastu ke rumah sahabat lama pak ndak....

pastu lagi.. pegi Desaru.. huhu 1st time,orang Malaysia plak tuh.. sedeh2..
orang luar da siap berenang2 lagi..

malam sebelum balik ke rumah atok, kami singgah makan di sebuah gerai..
Aku berasa sungguh bertuah kerana berpeluang merasa Nasi Goreng TEMBAKAU..
ulangan..
TEMBAKAU..
ade spntung rokok dalam nasi goreng tuhh..
sungguh enak~
huhu alhamdulillah malam tuh da kenyang,so makan nasi tu pn skt je..
pengajaran buat smua,jgn merokok time memasak..
senang kata "DO NOT SMOKE".. ever...



lagi...

result da kluar..
tp..
aku xamik lg..
sibuk..
jdual sgt packed..

target??
hehe
of coz la 4 flat..
tp.. kalu ikot instinct maybe 2 flat kot.. huhu
aku bersyukur dengan apa yang Allah dah tentukan kat aku..
i've tried my best..
Allah xmahu kita untuk jadi yang terbaik,
tp Dia mahu kita buat yang terbaik...

hehe pray 4 me..
untuk yang akan mnduduki exam,
ALL D BEST!!!
chaiyok2... "devianart.net"

dlam mbuat persediaan y terbaik utk exam dunia,
jgn dlupa persediaan y terbaik utk exam akhirat...
=p
byk lgi nk cerita nih, tp da xkluar patah katanya..
nntla ye..
hee~




p/s: biar kalah bermaruah,
jgn kalah menyerah..

Selasa, November 24, 2009

Semua itu berhikmah..

Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji
umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadhan..


Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa)
pada hari Jumaat agar kite berdoa sepanjang hari tersebut.


Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu
supaya kita memelihara semua waktu fardhu solat..


Allah menyembunyikan isim adzam diantara nama-nama-Nya agar
kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (asmaul husna)..


Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk
supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat..


Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali diantara Mukmin supaya
kita berbaik sangka terhadap semua orang muslim.


Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita
selalu bersiap sedia.


Allah menyembunyikan ajal manusia supaya
kita selalu dalam persiapan menemui-Nya..


(sumber dr majalah Cahaya-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
dpt free time dengar ceramah antidadah..


byk sgt y xtau nih..
ish3...
~berusaha ke arah yang lebih baik..

Sabtu, November 14, 2009

it's nothing...

Salam'alaik..

it's nothing..
seriously it's nothing..
but somehow..
..
..
it's nothing..


am I still me??
masih kuat ke aku??
adakah aku setabah dulu??
"Tabahnya Sya,xnampak pn Sya nangis. Kalau kite,xtaula"
kata seorg sahabat.
waktu abah pergi menemui pnciptanya..
hati aku remuk..
keluarga kecilku bertambah kecil..
tapi aku tahu,semua y Allah da tentukan itu
adalah y terbaik untuk kami..

tp sekarang..
aku takut..
it's nothing act..
aku je y lebih2..

takut..
kalau aku xdapat buat y terbaik dalam pelajaran..
takut..
mak akan terluka..
takut..
kalu aku g kolej,mak tinggal sorg..
camane kalu mak demam?
sape y nak tengok2kan mak?
mak makan ke x?
kalau ada perkara y berlaku kat mak,
apa jadi ngan aku?
arghh,airmata sibuk plak nk turun..

astaghfirullah al'azim
astaghfirullah al'azim
astaghfirullah al'azim
Aisyah.. Aisyah..
Allah kan ada..
kenapa nk takut..
Allah Maha Besar..
takdir dan urusan kite semuany kat tangan Dia..
dah2..
usaha and tawakkal je..
buat y terbaik,so no other regrets..
xyah naik time machine,nk btulkn apa y xsmpurna..


Fainnama'al 'usri yusraa
Innama'al 'usri yusraa
Faizaafaragtafannsob,wailaarabbikafargab

sahabat said:
"Allah neva said dat the way would b easy,
but He did promise dat He would be there
as long as u want Him to"


sometimes rase macam xnak buat ape2,
just sit n look around..
nak senang je..
but then i'll be fragile..
xde asakkn nor ujian nk jadikan aku kuat..

Ya Allah,ampunilah hambaMu ini Ya Allah..
Ya Allah,aku perlukanMu Ya Allah..
aku lemah Ya Allah..
aku jahil Ya Allah..
Bantu aku Ya Allah..
Bantu aku..




emm..
told ya..
it's nothing..
femly is my priority~

Isnin, November 09, 2009

MUET and time travel..

Salam'alaikum..

Sabtu lpas bru je MUET.. dan macam biasa,mesti la.... xboleh buat..
plus dewan preksa y sjuk beku macam peti sejuk keluaran terbaru LG.. huhu

kertas 800/1/E or listening kami ade masalah.. ujian y dijadualkn bermula pada jam 12 tghri tergendala.. setengah jam kami tunggu untuk tape recording muet tuh bfungsi..
akhirny,kertas untuk listening muet kami ditangguh ke minggu depan..

hehe
harapan..
gimik je lbeh..
kami start kertas listning pkul 12.30 tghri ( time org len da bgerak kluar dr dewan exam )...
semangat lebih ke arah nk blik umah.. jwb pn tunggang-lnggang..
esp. kawan2 Sabah Sarawak.. (kak Je n kak Rang t'utamany)..
cuti y asalny 2 minggu,diorang habiskan smnggu kat bilik kolej..
xpe2.. guna la smggu ni sbaik mungkin.. =D


what 'bout time trvel??
emm,ade physicist kate..
"travel to the future is possible"
kalu nk travel,kite kene laju selaju klajuan cahaya..
even untuk travel to the past..

untuk itu, kite perlukan banyak tenaga..
tenaga sbyk separuh tenaga y ade kat alam semesta nih..
infinite enrgy..
bole ke???



tp,
sejarah mbuktikan bhawa seorang manusia agung mampu mgmbara selaju klajuan cahaya..
siapa tu?? bukan Stephen Hawking mahupun Nobita.. baginda ialah
Nabi Muhammad S.A.W...
baginda di'isra''kan dari Masjidil-Haram(Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin,bukanlah satu jarak y dekat) kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 lapis langit dunia kmudian kembali ke Mekah pada malam itu jugak..

emm,sounds impossible..
tp inilah KEBESARAN dan KEAGUNGAN ALLAH...
segalanya boleh berlaku..
ujian Allah buat hamba2-Nya..
samaada kita percaya atau x..


~ape kene mgena MUET ngan time travel??


hehe kalau bole travel ke masa lalu,
nk btulkan blik jawapan ngan karangan MUET..
karangan y xcukup point n perkataan..

xpela, all i can do now is leave everything to Allah..
He knows what's best 4 me..
pray 4 me ,k!




p/s:
mangsa banjir makin meningkat.. sama2 lah kite doakan keselamatan buat semua..
Ya Allah,lindungilah kami hamba-hamba-Mu y lemah ini..

Khamis, November 05, 2009

if u knew me,u would know that......

Salam..

em,cuti 'panjang' kat rumah mbuatkan rase nk ber'blogging' smakin kuat.. Sian blog lame y telah dianktirikan..

td tgok oprah,psal mslh y blaku kat sekolah2 kat USA.. Ada 1 program y di panggil "Challenge Day". Semua student y different cliques,diff cultures,diff level in academic achievement..dpanggil.. buat pe?? diorg kene kluar dr comfort zone (xtmasuk daia or soflan k),and bknaln dgn org y xpernah rase nk knal,dgn org y 'kalau lalu sebelah,sebelah mate pn xpndg'.....

yela,selalu kite duduk dgn org y kite rasa selesa je. Sbb tu bpuak-puak.. Pastu timbul pulak isu saling mburukkan antare satu sama lain. Menilai melalui mata zahir je. Berkenalannye x,tp mkritik ikut pndangan mata n akal y xtahu ape2 tntg org tu..

So...
diorg dberikn tugas..
student2 td kene smbung ayt..
"if u knew me,u would know that.....blablabla
macam2 y kluar.. tgok zahir,xsangka y dia akan Allah duga dgn mslh y sbegitu rupe..
Allahuakbar,setiap ape y Allah uji,pasti terselit hikmah dsebalikny..

ade y dgelar "Rich Kid".. ramai gak y benci tnpe sebab,mybe sbb dia ade duit untuk byr segala yuran sekolah,mybe hidup dia mewah n lebih senang drpd org lain..
but,on the other side.. ayah dia mnggal waktu umur die 14 thun,mak dia plak mhidap pykit kanser ovari.. so,dia kene byk beri tumpuan pada mak n femly dia (ank tunggal llki dia nih)..
study dia pn sdikit tganggu..

ade jugak student y homoseks.. slalu kene cemuh,kene gelak.. xramai kawan.. sbnarnye,kat rumah,die ada prob lain. dia nk cuba rapat ngan mak dia,tp mak dia dlm dimensi lain.. lebih kurg la tu aytnye (bkn kat dunia alien,k).. she's dying...

ada y dbuli sbb warna kulit,diejek sbb appearance or saiz badan, dipulau sbb pandai sangat(i meant it).. byk lagi la...

emm,perkara ni pn byk blaku kat ngre kite.. xyah ckp ngra,sekolah lg byk..
camane nk kurgkn prkara mcm nih??

kita hendaklah saling berkenal-kenalan... =p ayt ntah btul ntah idak
kite y sdar pkare nih,kne tukar mind set kita n cuba untuk ubah paradigma org sekeliling...
"Don't judge a book by its cover".. (minggu nih ada test muet,writing2!!).. xsemua y kita lihat will describe a person.. BE NICE TO EVRYONE~

Allah berfirman,

Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ( Surah Al-Hujuraat;49:13)

Lengkap Allah bagi dalam Quran panduan serta adab2 dlm pergaulan..
tinggal kita nk teroka n amal je..
p'ingatan tuk diri sendiri t'utamanya =)







p/s: if you knew me,you would know that....
  • i love all my friends
  • saya amik kesah setiap butir pkataan y org lain ckp (tp xla ingt sbijik2... more to sensitip huhu)
  • saya seorang y pemalu... =D hihihih