Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ,
tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan
ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
******************************************************
Tentang mendengar. Allah SWT kurniakan kita dua telinga dan satu mulut. Jadi, kurangkan bercakap, lebihkan mendengar. Bacalah sendiri. Memang terbaik! Daebak!
Seek first to understand, then to be understood.
Dengar dahulu, baru menghukum. Dengar dahulu, baru memberi komen.
LISTEN or HEAR?
you choose..
Semoga sikap diri sendiri ni yang cepat melatah, suka menghukum, cepat mencelah, suka berdebat dan membangkang ni cepat luntur. T__T
Dan Allah SWT adalah sebaik-baik pendengar.
2 ulasan:
lama x bace blog nie.
bila bace entry2 aisyah seriyes rase mcm tgh borak2 ngan aisyah kat sebelah.
terubat juga er er rindu dgn aisyah(segan nak btau).
bahagia pula rasenya.hoyayyy!!
senang2 update la frequently.*imy
opss lupa..thanks for sharing*isi yang basah..
-anisdba-
er er kita pn rindu anis (segan jugak nak ngaku) :D
mekacih datang jenguk ^^, *draw circles in the corner*
Catat Ulasan