Jumaat, Disember 31, 2010

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

10 bulan dah berlalu, baru update. Lamanya. Minta maaf kepada yang membaca dan menunggu lama. Ada ke yang baca?? huhu..

Tukar layout dulu, baru ada semangat untuk post. =)

Alhamdulillah, hari ni genap 25 hari kami selamat pulang dari Makkah Al-Mukarramah, menunaikan haji.
Pengalaman yang tak akan saya lupakan, andai Allah masih beri saya ingatan hingga ke akhir hayat.

Syukur yang teramat kerana Allah beri saya peluang untuk menjadi tetamu, bertandang ke 'rumah-Nya', dalam usia yang masih muda. Tidak pernah terlintas dalam fikiran. Syukur ku kepadaMU Ya Allah, juga kepada mak kerana membawa saya menemaninya.

Andai dulu hanya mendengar bacaan imam Masjidil Haram dan talbiah dari kotak hitam, kini saya akan mendengar bacaan siaran langsung dari microphone imam terus ke gegendang telinga. Memang tak sabar. Tapi dek ilmu yang sekelumit tentang ibadah haji, rasa takut yang lebih menguasai. Belajar waktu sekolah dulu pun just untuk lulus dalam exam.

Betapa jahilnya diri.
Sekarang pun masih jahil.
Banyak sangat yang tak tahu.
Astaghfirullah.
Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami.

Selanjutnya nanti saya cerita lagi. Memang banyak sangat nak cerita, cuma nak buat ayat karangan cerita ni memang antara kelemahan saya la.

InsyaAllah, ada kesempatan saya post lagi okay. ^^,


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaku." Surah al-Fajr,ayat 27-30









Tiada ulasan: