Isnin, Februari 08, 2010

Andai itu takdirnya..

Andai itu takdirnya..Novel ni best.. Menurut seorang sahabat ni lah.. Sendiri tak pernah baca. =) Credits to the author.. Tapi bukan nak cerita tentang buku ni mahupun mereka yang membaca novel ni. Tapi tentang takdir..

Qada' dan qadar..
Corrects me if i'm wrong.
Qada' adalah suatu ketetapan dari Allah yang tiada hak bagi manusia untuk mencampuri urusan-Nya. Contohnya,bukan lelaki tetapi wanita yang telah Allah tetapkan untuk mengandung. Takdenya lelaki yang boleh mengandung,yang ada pun wanita yang dah operate ubah jadi lelaki.
Dan setiap yang hidup akan merasai mati. Ok,jelas..
Kalu still kurang jelas,boleh rujuk pada yang arif.. Okay.. =)

Manakala qadar pulak adalah suatu ketetapan yang masih boleh kita ubah; caranya?? Berdoa dan kene ada usaha yang betul untuk berubah. Contoh, kita ni memang rajin belajar.. Belajaaaar je,turun makan kat cafe pun tak nak. Nanti masa belajar kurang.. hehe tapi bila keluar result test, Allah mak.. Markah macam tak pernah belajar langsung. Nak salahkan siapa?? Salahkan cikgu yang tak tahu mengajar???
Cuba kita muhasabah balik,mana tau keberkatannya takde. Kita cakap belakang tentang cikgu kita,kita makan dengan selamba dalam kelas tanpa ajak cikgu kat depan.. Kita buat bising dalam kelas,kita... boleh fikir-fikirkan ek..

Yang pasti,Allah itu tidak zalim..
Apa yang berlaku keatas kita, semuanya atas perlakuan kita sendiri;andai diizinkan Allah..
Mungkin juga ujian untuk menilai sejauh mana kefahaman kita tentang qada' dan qadar-Nya..

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar..

Dan sesungguhnya..
Pandangan Allah itu bukan pada zahir,tetapi melebihi itu, iaitu hati hamba-hamba-Nya.
Okay..



~Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih..

1 ulasan:

Nurul Athirah berkata...

novel tu kita ada..
ada kawan hadiahkan..

first time baca memang leleh..
betapa dia redha dgn ketentuan Tuhan
n bleh terima blek suami dia y da buat macam2 kat dia.

maybe sebab hikmah dia bersabar en,..
akhirnya ada juga pelangi y muncul di balik awanan yang gelap dan kilat yang menyabung..

May Allah Bless You..
@)----------------