Jumaat, Disember 31, 2010

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

10 bulan dah berlalu, baru update. Lamanya. Minta maaf kepada yang membaca dan menunggu lama. Ada ke yang baca?? huhu..

Tukar layout dulu, baru ada semangat untuk post. =)

Alhamdulillah, hari ni genap 25 hari kami selamat pulang dari Makkah Al-Mukarramah, menunaikan haji.
Pengalaman yang tak akan saya lupakan, andai Allah masih beri saya ingatan hingga ke akhir hayat.

Syukur yang teramat kerana Allah beri saya peluang untuk menjadi tetamu, bertandang ke 'rumah-Nya', dalam usia yang masih muda. Tidak pernah terlintas dalam fikiran. Syukur ku kepadaMU Ya Allah, juga kepada mak kerana membawa saya menemaninya.

Andai dulu hanya mendengar bacaan imam Masjidil Haram dan talbiah dari kotak hitam, kini saya akan mendengar bacaan siaran langsung dari microphone imam terus ke gegendang telinga. Memang tak sabar. Tapi dek ilmu yang sekelumit tentang ibadah haji, rasa takut yang lebih menguasai. Belajar waktu sekolah dulu pun just untuk lulus dalam exam.

Betapa jahilnya diri.
Sekarang pun masih jahil.
Banyak sangat yang tak tahu.
Astaghfirullah.
Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami.

Selanjutnya nanti saya cerita lagi. Memang banyak sangat nak cerita, cuma nak buat ayat karangan cerita ni memang antara kelemahan saya la.

InsyaAllah, ada kesempatan saya post lagi okay. ^^,


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaku." Surah al-Fajr,ayat 27-30









Isnin, Februari 08, 2010

Andai itu takdirnya..

Andai itu takdirnya..Novel ni best.. Menurut seorang sahabat ni lah.. Sendiri tak pernah baca. =) Credits to the author.. Tapi bukan nak cerita tentang buku ni mahupun mereka yang membaca novel ni. Tapi tentang takdir..

Qada' dan qadar..
Corrects me if i'm wrong.
Qada' adalah suatu ketetapan dari Allah yang tiada hak bagi manusia untuk mencampuri urusan-Nya. Contohnya,bukan lelaki tetapi wanita yang telah Allah tetapkan untuk mengandung. Takdenya lelaki yang boleh mengandung,yang ada pun wanita yang dah operate ubah jadi lelaki.
Dan setiap yang hidup akan merasai mati. Ok,jelas..
Kalu still kurang jelas,boleh rujuk pada yang arif.. Okay.. =)

Manakala qadar pulak adalah suatu ketetapan yang masih boleh kita ubah; caranya?? Berdoa dan kene ada usaha yang betul untuk berubah. Contoh, kita ni memang rajin belajar.. Belajaaaar je,turun makan kat cafe pun tak nak. Nanti masa belajar kurang.. hehe tapi bila keluar result test, Allah mak.. Markah macam tak pernah belajar langsung. Nak salahkan siapa?? Salahkan cikgu yang tak tahu mengajar???
Cuba kita muhasabah balik,mana tau keberkatannya takde. Kita cakap belakang tentang cikgu kita,kita makan dengan selamba dalam kelas tanpa ajak cikgu kat depan.. Kita buat bising dalam kelas,kita... boleh fikir-fikirkan ek..

Yang pasti,Allah itu tidak zalim..
Apa yang berlaku keatas kita, semuanya atas perlakuan kita sendiri;andai diizinkan Allah..
Mungkin juga ujian untuk menilai sejauh mana kefahaman kita tentang qada' dan qadar-Nya..

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar..

Dan sesungguhnya..
Pandangan Allah itu bukan pada zahir,tetapi melebihi itu, iaitu hati hamba-hamba-Nya.
Okay..



~Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih..

Jumaat, Januari 15, 2010

Jauhi komputer riba anda. Bahaya!!

Assalamualaikum..

Lama dah tak update.. Kekangan masa (betul ke ayat tu??) sambil menjauhi laptop.. huhu Kenapa?? Apa yang bahayanya?? Laptop is part of my life.. (jerit hati kecilku)..

Pertamanya:

Laptop boleh menyebabkan anda menghidap sindrom "TBB".. Selalu menyerang mereka yang kurang imuniti dalam pendirian. Antaranya saya.. Sindrom "Tak Baca Buku"..
Paling teruk sekali waktunya; sekarang!!. (untuk saya je..).. Mid sem exam akan tiba lagi 3 hari dan masih banyak yang belom habis diulangkaji.. huhuh

Kedua:

Buat masa nih,hanya 1 je yang dapat di'list'kan..
Masa akan datang mungkin akan ditambah lagi.. Siapa yang berbesar hati nak tambah,boleh.. boleh.. Dialu-alukan..

tak boleh lama-lama tulis,nanti melarat.. lebih-lebih lagi,kat UM ni ade wi-fi.. walaupun line die selalu 'very low' dan kadang sampai takda signal langsung (ramai guna bukak fb), tapi saya still setia menanti line menjadi 'low', which is better than 'very low' kan.. penantian itu satu penyiksaan~ (mood nyanyi dah keluar)
sebenarnya banyak nak tulis nih..
Takpe.. Takpe.. Tahan.. Tahan.. (tarik nafas dalam-dalam)

Bbasyah!!! (untuk aten,perkataan ni maksudnya bukan belasah, tapi lebih kepada "semangat!!" atau fighting dalam bahasa Korea.. Biasalah, baru lepas study MyGirl.. =P
k,out~

Jap2,
ni nak tulis jadual pereksa.. Manatau,siapa yang ada masa, boleh doa-doakan saya..

ISNIN
  • Basic Physics 4
  • Statistics and probability
SELASA
  • Algebra and calculus
  • Basic Chemistry 3
RABU
  • Computer Science 2
  • Preparatory English Course 2
KHAMIS
  • Basic Physics 3
  • Basic Chemistry 4
JUMAAT
  • Mathematics Engineering

Nampak macam akan ada hari 'air mata' pada minggu depan. Eh tak tak.. Salah salah.. hari "senyummu seindah suria dari pagi hingga ke petang walaupun hari tu hujan lebat"
(menyemangatkan diri ni,saya boleh!! 1Malaysia boleh!!)


p/s:baru tukar layout.. tp rasenye warne tulisan dengan warne layout tak match.. tolong-tolong.. komen please~
tadi cakap out,tapi tak out2 jugak..
Ok,out.. The real out.