Rabu, Oktober 17, 2012

Warkah buat abah ;')

Assalamualaikum abah.

Macamana abah kat sana? Adik doakan abah sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. Adik rindu abah. Macam-macam nak cerita kalau abah ada. Mak duduk rumah seorang. Adik tak ada kat rumah, tak dapat nak jaga mak. Along dapat seorang lagi baby. Kalau abah tengok baby along, mesti abah kata comel macam adik dulu-dulu. ;') Adik akan usaha untuk jadi anak yang baik. Moga abah sentiasa tenang.

Moga kita semua dapat jumpa semula satu waktu nanti. Akhirat kelak. InsyaAllah ;')

Ya Allah, jadikanlah kubur abah salah satu dari taman-taman syurga di dunia.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil. Kasihanilah mereka, rahmatilah mereka, berkatilah mereka. ;')

2 ulasan:

Ruqaiyah Hmy berkata...

amiin...
moga abah ecah tenang di sana...Al-faatihah...=,)

ZuLkIFli berkata...

amin..
jgn brhenti brdoa ye ecah..kmi pn doakn tk ayah ecah =)