Jumaat, November 02, 2012

Cuai

Petang tu, aku dah hilangkan kunci kereta dekat the store. Nak balik baru perasaan. Perasaan tak terkata. Menggelabah turun balik cari dekat semua tempat yang singgah tadi. Alhamdulillah ada pekerja yang simpankan. 

Patutlah mak tak berapa nak marah. Rupanya mak pun pernah hilangkan kunci kereta. hahaha rupa-rupanya kunci kereta sekarang ni, kunci baru. Sekurang-kurangnya, aku jumpa balik kunci ni hehehe maaf bonda ;)



kerja sekolah dan kerja tak sekolah bertimbun T_T
selamat pulang ke Nilai..

Rabu, Oktober 17, 2012

Warkah buat abah ;')

Assalamualaikum abah.

Macamana abah kat sana? Adik doakan abah sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. Adik rindu abah. Macam-macam nak cerita kalau abah ada. Mak duduk rumah seorang. Adik tak ada kat rumah, tak dapat nak jaga mak. Along dapat seorang lagi baby. Kalau abah tengok baby along, mesti abah kata comel macam adik dulu-dulu. ;') Adik akan usaha untuk jadi anak yang baik. Moga abah sentiasa tenang.

Moga kita semua dapat jumpa semula satu waktu nanti. Akhirat kelak. InsyaAllah ;')

Ya Allah, jadikanlah kubur abah salah satu dari taman-taman syurga di dunia.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil. Kasihanilah mereka, rahmatilah mereka, berkatilah mereka. ;')

Rabu, September 26, 2012

Maaf



Maaf. 

Tapi aku kurang suka kalau kata-kata aku dipotong sebelum aku habis cakap. Lagi-lagi kalau aku tak diberi peluang untuk menyatakan pendapat. Dan tolong, tolong jangan buat spekulasi atau pandangan sendiri sebelum aku sempat bercakap. Tolong.


Maaf  :(

Sabtu, Ogos 04, 2012

I won't give up :')




I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am




Friends, thank you for everything. May Allah bless.
 And yeah, i won't give up.

There is no power and strength except with Allah Subhanahu wa Ta’ala 

;') can't sleep..

Khamis, Julai 26, 2012

Malu dan Manis

Salam Ramadhan :)

Ada cerita manis nak kongsi.

Tiap-tiap subuh, seorang pakcik ni akan pimpin isteri dia (berlapik la ye) ke saf solat paling depan.
Lepas subuh, dia akan jemput isteri dia kat pintu belakang bahagian solat wanita.
Mula-mula aku pun pelik 

kenapa perlu pimpin sampai saf depan, mungkin makcik ni segan dengan orang lain so husband dia teman sampai dalam

Sampailah satu masa aku ditakdirkan untuk duduk sebelah makcik tu. Allah Maha Besar, rupa-rupanya makcik tu matanya dah kabur, tak nampak jalan sangat. Sampai perlu dipimpin.

Malu dengan diri sendiri =.="

Aku yang celik ni payoh nak pergi subuh kat masjid.

Tapi manis kan?

Kalau boleh aku pun nak husband teman sampai saf pertama haha tapi itu mungkin terlebih sudah. Cukuplah kami beriringan dari rumah sampai kawasan solat dalam masjid hahaha nak nak yang manis je :P

Malu yang kedua =.="

Tiap-tiap subuh, adik ni mesti ikut mak dia datang masjid pakai baju sekolah rendah. Umur mungkin around standard 3 or 4. Seingat aku tahun lepas, ya tahun lepas aku pernah subuh kat masjid dan dia ada. Berbaju sekolah.

Manis kan?

Sekalipun mak dia paksa datang masjid tiap-tiap pagi, sekurang-kurangnya dia ikut jugak.

Aku yang dah besar ni liat lagi payoh nak bangun subuh, nak ikut apatah lagi. Majoriti 98% mereka yang subuh di masjid pun adalah uncles dan aunties. Mak aku yang sakit kaki dan nenek depan rumah pun subuh kat masjid. 

Malu dengan diri sendiri. Malu aku dengan diorang.

Doakan aku istiqomah. Doakan aku kuat. Jujur, untuk aku yang 'kadang-kadang' (hampir tidak) ke masjid ni memang sangatlah susah.
Sangat sangat susah. Bak kata Nujum Pak Belalang, 'kadang-kadang' tu maksudnya memang teramat jarang. Macam orang kahwin 4, kadang-kadang baru jumpa. Takda orang kahwin 5 kan?


Tanpa ragu, terus je solat kat depan. InsyaAllah imam muda akan datang.
-Surau perempuan Ikano Power Center, Mutiara Damansara.

Saaaangat manis :D



Note to self. Bila aku tulis entri macam ni, moga ini jadi peringatan untuk diri sendiri.
Jadi jam loceng untuk aku. Biar kena batang hidung sendiri.


haik, kedai mami belakang dah mula tumis-menumis pagi2 ni..

Jumaat, Jun 29, 2012

Tak sekuat yang disangka..

Assalamualaikum :)

Padah angkat beg dan kotak berat seorang diri turun dari tingkat 3, sampai sekarang sakit belakang tak hilang lagi. Ingat kuat lah tu!
 

source


Even the strongest person need a break.
I need a break.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah :)


Selasa, Jun 26, 2012

Biar reda



          Tiba waktu semua akan reda
          Bukan
          Seperti taufan bukan Aku
          Biar punah tidak ku ambil peduli
          Bukan
          Itu bukan Aku
          Angin kencang ribut petir silih ganti
          Hampir taufan juga dijadikannya Aku
          Jangan sampai begitu sudah!
          Tiba waktu semua akan reda
          Ya. Reda.
          Biar reda.



Rabu, Jun 06, 2012

050605

Assalamualaikum :)


      Hari ini genap 7 tahun Allah ambil Abah. Almost half of my life jugak without Abah on my side. Banyak scene kejayaan aku tanpa Abah as any watak in it. Lagi banyak scene gagal aku tanpa Abah. Dan banyak lagi scene mendatang yang Abah tak akan ada, in this world of course. 

      Scene aku graduate. Scene dapat first job. Scene dapat first income. Scene further study kat Rusia / Germany / South Korea / UPNM (cita-cita nak bawak jet pejuang - orang gayat pun boleh an?) haha.. My wedding scene kalau panjang umur. Hopefully Along boleh nikahkan aku on that day. Dia yang salam ngan bakal aku. No other person. Woahh see how kritis I punya pemikiran.. Fikir jauh kedepan. Memang jauh lagi ni  =.="

      Still, alhamdulillah Mak masih kat sebelah aku. Support aku untuk semua yang aku buat. Marah untuk semua perangai teruk aku. Doa yang tak putus-putus untuk aku. Terima kasih Mak! Mak, adik sayang Mak tau! Mak sayang adik tak? :D


Al-fatihah to both of my beloved parents, Along, Kak and Zarif :') 
Ya Allah, kurniakan kami hidayah-Mu..



:) Zarif dah makin berfikir! hahaha

Mama zarif: "Adik.."
Zarif bucuk: (slang Kedah) 
                   "Adik mana? Adik ni eh? Ke adik acu?"



Acu, that's me :D



Jumaat, April 13, 2012

Hari ini saya update


Assalamualaikum =)

Fuhh berapa lama dah tak taip kat sini. Banyak nak tulis tapi tak terluah dek kata-kata. Pendam manjang.. haha 

Selalu tak rasa susah sangat nak mula buat benda baru/baik? Kalau tak, korang memang hebat! But I am now. Always actually T_T .. 

Contoh: nak mula usrah tapi.. (<---- see the "tapi" ) tapi takut tak ada masa, nanti kacau waktu orang lain, nanti orang cakap 'alim, nanti kalau buat bulatan yang tak berapa nak gembira macamana, nanti bla bla bla.. Tapi kalau nak buat perkara yang tak berapa nak baik, its the other way round. Senang je, tak pulak fikir nanti orang cakap apa, Allah nampak tengah buat apa.. Payoh2.. 

Jadi, aku kene wajib cari petunjuk balik. Korang tegur-tegurla diri ni. Makin teruk sekarang =_="
I have to start anew!

Tengok orang pandai agama, nak jadi macam dia...
Tapi aku tak buat apa-apa..
Tengok orang pandai fizik, matematik etc.. nak jadi macam dia...
Tapi aku tak buat apa-apa..
Tengok orang kaya, nak jadi macam dia...
Tapi aku tak buat apa-apa..
Tengok people change for good, for Allah, nak jadi macam dia...
Tapi aku tak buat apa-apa..
Tengok orang jadi anak solehah, nak jadi macam dia...
Tapi aku tak buat apa-apa..
Tengok sahaja.. 
Just look, but didn't see..
Tahu tapi tak buat..

Challenge yourself Aisyah. Berubahlah!


Bertolak ke Trolak

Ahad lepas, bercuti ke Trolak, Perak. Terdengar dalam radio, tahun ni tahun melawat Perak. Hoyeaahh.. Dah menepati saranan kerajaan giteww..Haha. Bermalam di Felda Residence Hot Springs, Sungkai. Memang syok. Dah lama tak bercuti en. 


Angah + Zarif  <3

Maafla, ini je gambar proper yang ada. Lupa terus nak tangkap gambar hahaha 
Hari-hari bangun pagi terus pergi mandi air panas, main basikal, balik sambung sarapan kat cafe. Petang sambung main air lagi, malam penat wakaka. Ada siap tempat untuk boil egg lagi kat kawasan hot springs tu. Memang menggelegak la air tu.. Rebus telur sepapan. Makan telur je 3 hari sampai muak -__-"

Kolam air panas :)
Bukan gambar sendiri

And yes. Dah boleh berenang.. lalala~ excited sehh! Tau la korang pandai berenang haha 

Paling tak boleh lupa, jumpa Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan femli. A very humble person =) Lagi terharu bila Ustaz cakap "Terima kasih ye Aisyah kerana menegur saya"  Waaaa.. Senyum je manjang  n.n


*tambah: hari sebelum balik, naik ke Cameron Highland :) dah lama tak pergi. Sampai pening-pening angah (i'm not sure whether you are my kakak sepupu or akak saudara wawawa). Tak beli apa pun, cuma strawberi, blueberi, sayur sikit, bunga dan satu bantal ladybug comel... Tak beli apa pun :D


Gegar lagi

Before this, pernah rasa gegaran waktu sekolah dulu. Masa tingkatan 4. Memang goyang la satu bangunan sekolah. Takut tak terkata. Gegaran yang baru lepas ni, alhamdulillah tak rasa. Tapi still, takut. Baru peringatan dariNya. Tengok langit kat luar, cerah. Macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Tapi bumi dah tak boleh terima keadaan penghuni di atasnya. Allah.. Rasa tak akan ada apa-apa yang akan jatuh dari langit. Tapi belum pasti bala tak datang dari arah bawah.. 

Moga Allah lindungi hamba-hambaNya.
Moga Allah beri cahaya petunjuk

“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus”(Al-Anfaal: 25)


Allah..


”Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)