Sabtu, Mac 19, 2011

eh kau ni apehal ha?

Ye, macam tu la kata hati ini bila blog semacam ada hal. Dari hari tu dah nak update, banyak dah nak citer. Siap ada karangan lagi dalam mind. Eceh, padahal dulu keputusan BM karangan pun teruk :P Tapi sebab tak boleh nak tukar wallpaper blog (ye ke, ke... background?), rasa nak menaip pun semakin hambar. Ibarat eskrem mekdi choco top yang cair di tengah panas terik..
Tapi teruskan jugak, mudah-mudahan lepas ni berlaku magis boleh tukar warna dinding belakang ni.

Tak de benda pun nak tulis sekarang ni. Tipu la. Tadi cakap ada karangan siap. Okey, ada sebenarnya. Mood yang tiada. Sekarang ni minggu sibuk. Janji yang terpatri dengan mak untuk pulang ke rumah dan menemani dirinya ke rumah kenduri sepupu terpaksa dibatalkan. Mak, maafkan anakmu.

Memang banyak, serius! Sampai tak cukup tanah! Lab report, test-test yang mendatang plus baju banyak tak lipat dan mengambil ruang tempat tidur dan laluan pejalan kaki dalam bilik. Hehehe

Sibuk tapi boleh pulak update blog.

Okey, saya tau anda bermonolog dalaman seperti itu.
Jangan hiraukan orang malas + tiada mood sentiasa ni. Teruskan dengan kerja-kerja menggoreng dendeng di dapur anda itu.

Zaty, nak dendeng!! Muffin + cakes too <3

Cukuplah, nak pergi tambah perasaan ni. Jangan tensen-tensen dan teruskan bekerja :D
Senyum lebar-lebar selalu.. heee~


Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada sahabat baginda Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu 'anhu : "Jangan sekali-kali engkau meremehkan perkara kebaikan walaupun hanya berwajah manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu. "
(Hadith riwayat Muslim)


Saya ada gula extra sepeket kalau nak (^^)V
Salam'alaik..


Isnin, Januari 24, 2011

ramai dah tidur, tapi saya belum -_-

Salam'alaikum..
How's your day today?
Jam di lappy da pukul 2.11 pagi
dan masih ada lagi 28 minit sebelum dia tidur
mengatasi tuannya.
Sebabkan mata belum mahu tutup,
maka marilah kita...


NYANYI!!! :)


lagu terpilih malam ni adalah... jeng jeng jeng


Qathrunnada - Cinta Agung



apa lagi,jom layan.. hehe

Aaa... aaa... aaa.. aaa..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruh-MU

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

selalu di fikiran, tapi terkadang jua
tersemat dalam hati..
selalu mencari bahagia di tempat lain.
jarang sekali memohon perlindungannya
terlalu yakin diri agaknya
lupa
lupa yang dia Tuan segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

sentiasa makan sentiasa aman
sentiasa sihat
masih bisa melihat
masih bisa berjalan
masih bisa bernafas
masih menuturkan syahadah
terlalu banyak ni'mat
sampai tak cukup la kira guna 10 jari darab infinity orang
tapi lupa juga kalimah syukur itu
lupa Dia yang beri
kerna pada zahir datangnya dari tangan sesama makhluk


Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

hati sedih
bila senyuman tak berbalas
bila pemberian kita tak ada "thanks!"
bila mereka2 tak faham isi hati kita
bila jalan sendiri tak berteman

and even bila teman yang kita rasa rapat,
lebih akrab dengan sahabat yang lain.. (jeles ar ni kirenye)
huhu

sememangya diri dah lupa
"Dia yang patut aku tunggu"
"Dia kan sentiasa ada, tak tido macam aku"
"Always there 4 me"
"Kalau jaga hubungan dengan Allah,
mesti Allah jaga hubungan aku dengan orang lain. Mesti punye ar"
lupa lagi
asyik lupe je

ya, manusia itu sifatnya pelupa.
jadi perlu sentiasa diingatkan dan bermuhasabah
Ampuni Aku Ya Allah

kita akhiri lagu dengan huruf vokal a.. =)

Aaa... aaa... aaa... aaa..


habis sudah lagu..
jadi
mari tidur..
Ya Allah, dengan namaMu aku hidup dan aku mati.
-_-

Sabtu, Januari 08, 2011

Tak ade apa

Assalamualaikum =)

Bukan nak sambung cerita.
Tapi tengok orang lain update, tetibe rasa nak menaip jugak.
Oke, itu sahaja (~_~)



p/s: nanti ea sambung citer ^^,