Jumaat, November 02, 2012

Cuai

Petang tu, aku dah hilangkan kunci kereta dekat the store. Nak balik baru perasaan. Perasaan tak terkata. Menggelabah turun balik cari dekat semua tempat yang singgah tadi. Alhamdulillah ada pekerja yang simpankan. 

Patutlah mak tak berapa nak marah. Rupanya mak pun pernah hilangkan kunci kereta. hahaha rupa-rupanya kunci kereta sekarang ni, kunci baru. Sekurang-kurangnya, aku jumpa balik kunci ni hehehe maaf bonda ;)



kerja sekolah dan kerja tak sekolah bertimbun T_T
selamat pulang ke Nilai..

Rabu, Oktober 17, 2012

Warkah buat abah ;')

Assalamualaikum abah.

Macamana abah kat sana? Adik doakan abah sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. Adik rindu abah. Macam-macam nak cerita kalau abah ada. Mak duduk rumah seorang. Adik tak ada kat rumah, tak dapat nak jaga mak. Along dapat seorang lagi baby. Kalau abah tengok baby along, mesti abah kata comel macam adik dulu-dulu. ;') Adik akan usaha untuk jadi anak yang baik. Moga abah sentiasa tenang.

Moga kita semua dapat jumpa semula satu waktu nanti. Akhirat kelak. InsyaAllah ;')

Ya Allah, jadikanlah kubur abah salah satu dari taman-taman syurga di dunia.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil. Kasihanilah mereka, rahmatilah mereka, berkatilah mereka. ;')

Rabu, September 26, 2012

Maaf



Maaf. 

Tapi aku kurang suka kalau kata-kata aku dipotong sebelum aku habis cakap. Lagi-lagi kalau aku tak diberi peluang untuk menyatakan pendapat. Dan tolong, tolong jangan buat spekulasi atau pandangan sendiri sebelum aku sempat bercakap. Tolong.


Maaf  :(