Khamis, Julai 26, 2012

Malu dan Manis

Salam Ramadhan :)

Ada cerita manis nak kongsi.

Tiap-tiap subuh, seorang pakcik ni akan pimpin isteri dia (berlapik la ye) ke saf solat paling depan.
Lepas subuh, dia akan jemput isteri dia kat pintu belakang bahagian solat wanita.
Mula-mula aku pun pelik 

kenapa perlu pimpin sampai saf depan, mungkin makcik ni segan dengan orang lain so husband dia teman sampai dalam

Sampailah satu masa aku ditakdirkan untuk duduk sebelah makcik tu. Allah Maha Besar, rupa-rupanya makcik tu matanya dah kabur, tak nampak jalan sangat. Sampai perlu dipimpin.

Malu dengan diri sendiri =.="

Aku yang celik ni payoh nak pergi subuh kat masjid.

Tapi manis kan?

Kalau boleh aku pun nak husband teman sampai saf pertama haha tapi itu mungkin terlebih sudah. Cukuplah kami beriringan dari rumah sampai kawasan solat dalam masjid hahaha nak nak yang manis je :P

Malu yang kedua =.="

Tiap-tiap subuh, adik ni mesti ikut mak dia datang masjid pakai baju sekolah rendah. Umur mungkin around standard 3 or 4. Seingat aku tahun lepas, ya tahun lepas aku pernah subuh kat masjid dan dia ada. Berbaju sekolah.

Manis kan?

Sekalipun mak dia paksa datang masjid tiap-tiap pagi, sekurang-kurangnya dia ikut jugak.

Aku yang dah besar ni liat lagi payoh nak bangun subuh, nak ikut apatah lagi. Majoriti 98% mereka yang subuh di masjid pun adalah uncles dan aunties. Mak aku yang sakit kaki dan nenek depan rumah pun subuh kat masjid. 

Malu dengan diri sendiri. Malu aku dengan diorang.

Doakan aku istiqomah. Doakan aku kuat. Jujur, untuk aku yang 'kadang-kadang' (hampir tidak) ke masjid ni memang sangatlah susah.
Sangat sangat susah. Bak kata Nujum Pak Belalang, 'kadang-kadang' tu maksudnya memang teramat jarang. Macam orang kahwin 4, kadang-kadang baru jumpa. Takda orang kahwin 5 kan?


Tanpa ragu, terus je solat kat depan. InsyaAllah imam muda akan datang.
-Surau perempuan Ikano Power Center, Mutiara Damansara.

Saaaangat manis :D



Note to self. Bila aku tulis entri macam ni, moga ini jadi peringatan untuk diri sendiri.
Jadi jam loceng untuk aku. Biar kena batang hidung sendiri.


haik, kedai mami belakang dah mula tumis-menumis pagi2 ni..